Pages

Thursday 30 August 2012

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 Dato Bahaman

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 Dato Bahaman


BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA.

-British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan

-perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa


-British memperkenalkan pelbagai
cukai yang membebankan dan
menindas rakyat


-keadaan ini mencetuskan
kebangkitan rakyat untuk menentang
British

-ramai pejuang tanah air muncul
seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol
Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’
Maharaja Lela, Yamtuan Antah,
Dato’ Bahaman, Mat Salleh,
Antanom, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong

-mereka memimpin rakyat berjuang
dengan gigih demi mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan tanah
air


Dalam muka surat 179 hingga 181 ada dicatatkan berkaitan Tokoh Pahlawan Pahang ini. Berikut adalah petikan dari teks tersebut:

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan
Pahang (Teks m/s: 179-181)

(i) Latar belakang
-nama sebenarnya Abdul Rahman bin
Imam Noh
-dianugerahi gelaran Orang Kaya
Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan

-diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau
dalam perang saudara di Pahang
dan Perang Klang di Selangor

-dilantik sebagai pembesar Temerloh
setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara

-
Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf
pemerintahan British di Pahang

(ii)Faktor Penentangan

a) Hilang Hak Mengutip Cukai

-Dato’ Bahaman menentang tindakan
British melantik E.A.Wise sebagai
Pegawai Majistret dan Pemungut
Hasil di daerah Temerloh

-Dato’ Bahaman dilarang mengutip
cukai di daerah kekuasaannya iaitu
di Temerloh

b) Pembinaan Balai Polis

-pegawai British iaitu E.A.Wise
mendirikan balai polis di Lubuk Terua
tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Dato’ Bahaman

-konflik antara kedua-duanya menjadi
lebihserius

-Dato’ bahaman menganggap
tindakan British sebagai menceroboh
kawasan serta mengancam
kedudukannya

c) Perlucutan Gelaran

-Hugh Clifford menganggap Dato’
Bahaman sebagai penderhaka
kerana enggan mematuhi arahan
British

19


-British memaksa Sultan Ahmad
melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan

-tindakan British memalukan Dato’
Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari
Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan
-16 Disember 1891 British
menangkap 3 orang pengikut Dato’
Bahaman kerana mengutip hasil
hutan tanpa kebenaran

-tindakan British itu menyebabkan
Dato’ Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua

-
peristiwa ini mencetuskan perang

-26 Disember 1891 Hugh Clifford
mengetuai pasukan 200 orang
tentera untuk menawan semula
Lubuk Terua tetapi tewas dalam
pertempuran di Kelubi

-Hugh Clifford berundur dan meminta
bantuan Singapura

-Januari 1892 British memaksa Sultan
Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang

-pasukan tentera dinamakan
“Gerakan Sultan” yang disertai oleh
J.P.Rodger ditubuhkan

-British membekalkan 200 pucuk
senapang dan 10 000 butir peluru

-Sultan Wan Ahmad dilantik
mengetuai gerakan ini dan berjaya
menawan 11 buah kubu Dato’
Bahaman di Bentong

-Mac 1892 British sekali lagi
menyerang Lubuk Terua

-pejuang Pahang berundur ke
Kelantan dan Terengganu

-di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang
Pahang berjihad menentang British

-14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100
orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai

-British bertindak balas menghantar
Kolonel Walker untuk
menawansemula Jeram Ampai

-Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau berundur ke Kelantan

-pengunduran ini menandakan
berakhirnya perang menentang
British di Pahang

(iv)Kesan Penentangan

-Dato’ Bahaman dan pengikutnya
memperlihatkan keberanian
menentang British

-kedudukan British di Pahang
tergugat dengan semangat
patriotisme oleh pahlawan Pahang

-kebangkitan ini berlangsung selama
4 tahun iaitu dari 1891 – 1894

-British terpaksa menanggung hutang
yang banyak

-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh
British membayar 7200 dolar
setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut

0 comments:

Post a Comment